Senarai Blog Saya

Ahad, 21 November 2010

Kelas popcake 21/11/2010

Pada hari ahad minggu lepas 21/11/2010 aku telah menghandiri kelas popcake.rasa seronok pulak bila buat popcake ni.jom kita layan pic.

 Popcake Fancy dalam proses

Popcake pahar



Popcake pahar yang sudah siap








Isnin, 4 Oktober 2010

Birthday Boy (Fikri) 1 Years @ Open house

salam semua.....

Semalam 03/10/10 Genaplah umur MUHAMMAD FIKRI IRSYADDUDIN 1 Tahun.Kami semua telah menyambutnya kat rumah neneknya dekat melaka.sambut 3 org sekali.Sekali ngan uma terbuka.Jol layan gambar ajer lah.

umie ngan fikri


kek birthday fikri



Hadiah from mak tok


Ahad, 19 September 2010

Raya 2010

Salam semua....selamat kembali bekerja walaupun mood keje x de sbb dah lama cuti..hahaha...raya tahun ni happy sangat sebab dapat beraya kat johor uma adik mak.dah lama x pegi.ni nak story pasal rayalah ni.jom layan.....

Raya Pertama...(10/09/2010)

Seperti biasa setiap tahun bila raya pertama memang kat uma mak aku lah kt n9.

   anak ku Fikri

 dua beradik fikri & faiz

Selepas solat jumaat balik melaka pulak uma mertua.Pastu sampai melaka dalam kul 4lebih.sampai2 saudara mara ramai yang datang.sori kat melaka de pic sbb x de org nak ambikkan gambar.

Raya ke 2 (11/09/2010)

Pagi2 semua bersiap nak gi jalan raya kat area melaka pulak.Gerak dalam pukul 11 lebih.Pergi jalan2 kat melaka dalam 10buah rumah.nak kene habiskan sebab malam tu dah nak balik lui pulak sebb esoknya nak gerak gi johor pulak.Sampai kat lui dalam kul 11 malam.

Raya ke 3 (12/09/2010) 

Dalam kul 6 pagi bersiap berkemas baju2 untuk di bawak.lupa nak packing awal2.Destinasi pertama pergi Felda Lenga uma mak andak punya mak.lupa pulak masa gi johor ni aku pergi bersama keluarga kak ieja.ni bermakna 2 buah kete ajer.Sampai lenga lebih kurang pukul 11 lebih.dok lepak2 dulu.dalam kul 3pm baru gerak ke kota tinggi.aduhai jem pulak haiway masa tu.sampai ke tol kulai dalam kul 6.30 petang.berhenti kat tol sembahyang dulu.pas tu baru gerak ke Felda tunggal.sampai kat sana dalam kul 10 malam.Aduhai penat rasanya badan ni sbb jauh perjalanan.lebih2 lagi jem.jom layan gambo kat johor pulak.

 bersama akk sepupu


bersama hubby
Gambar keluarga


Ini lah antara gambar kat Felda Tunggal, Kota Tinggi.

Oklah nanti sambung lagi entrylah.x larat nak berceloteh.eh bukan berceloteh tapi menaip.next entry lah iyer.




Ahad, 5 September 2010

Selamat Hari Raya

Selamat menyambut hari raya semua..tinggal beberapa hari lagi kita akk menyambutnya.Rasa sedih lak nk tinggalkn bulan yang mulia ini.Apa apa pun selamat hari raya untuk semua kawan2.

Selasa, 24 Ogos 2010

sabar dengan kerenah faiz

Aduhai.....geramnya ngan faiz semalam.ialah semalam semasa sembahyang magrib ader ke patut dia dok kat atas badan ajer.ialah lagi2 masa tu dah rakaat yang last sekali boleh dia ajak adiknya main kuda2 lak.geram rasanya aku.nak marah x boleh.terpaksalah aku tunggu sampai dia turun.

Isnin, 23 Ogos 2010

Pose yang ke 14..

Salam semua...

Hari ni pose yang ke 14.cepat hari @ masa berlalu.Persediaan hari raya ni satu pun belom aku buat.aku leka ajer.nasib baik baju & kasut ank2 dah ader klu x, x tau lah apa nak jadi.entah lah tahun ini aku x de semangat nak beraya.x tau lah kenapa.mungkin bajet x cukup kot.tp aku kene kuatkan juga sbb kecian fikri tu dah lah 1st day beraya.aduhai...

Lagi satu tahun ni aku macam x de mood nak beraya kat uma mertua.x tau lah kenepa.mungkin sbb aku kecil hati ngan ipar ku kot.entahlah...

Ya Allah berilah ku kekuatan pada diri ku ini....................

Selasa, 17 Ogos 2010

no story...

salam..........
SELAMAT BERPUASA UNTUK SEMUA UMAT ISLAM.Masih belum terlambatkan untuk aku ucapkan. Bukan ape aku terlah lama bercuti..huhuhu...bukan cuti2 Malaysia tapi cuti merehatkan diri ku yang sakit ini.huhuhu...

Nasib baiklah aku dapat pengasuh bidan terjun hari ini.bukan aper,tiba2 pagi td mak asuh datang uma bgth yg dia x dpt nk jg faiz & fikri sbb nk anta abahnya ke hospital.tenatlh gak abahnya tu.semalam aku gi ambik 2 org tu tgk cm dah tenat ajer.mudah2an jgnlh aper2 berlaku.

Khamis, 29 Julai 2010

Sambut Birthday Boy (Faiz) 2 thn

Salam semua...

Hihihi..sajer aje nak kongsi cerita ngan semua org walaupun aku dah update kat FB.Bukan aper pada 27 july 2010 (selasa) adalah bufday boy yg sulung iaitu faiz.bufdaynya sambut di kfc ajer.bukan aper ingat nak wat kat uma tapi umienya demam.tp utk gumbirakn hati nya watlah jugak bufday nya.x de lh ramai yg datang cuma keluarga pak teh faiz (abg ipar aku lah) abg kepada abienya lah.papa angkat faiz,jiran sebelah uma & rakan sepermainan.oklah aku nak update gambonya.

ni lah kek bufday boy


                                                                   umie & faiz

                                                                          adik Fikri
                                                                           mak tok

Khamis, 15 Julai 2010

blog dah bersawang.

Salam...

sudah lama x n3 kat blog ni.bukan aper sibuk ngan FB lah katakan.rasanya blog ni pun dah bersawang agaknya.dah lama x n3.ni pun sajer2 dah bosan nk ber FB lah.

Hari ni aku 1/2 bukan aper nk balik kampung.pas tu kene drive sendiri lak tu.hubby x balik sbb sibuk ngan konvo.jadi aku balik 3 beranak ajer lah.mintak2 perjalanan aku selamat lah sekeluarga.

Ok lah malas nk membebel banyak2.bukan aper saje ajer aku nak update gambar masa aku gi muar ari tu.gi menghantar rombongan pengantin lelaki sebelah hubby.

Ahad, 21 Mac 2010

Tabahnya Hati Seorang IBU (sambung story)

Bila aku tgk aku & member2 tergamam,ialah hanya senyuman yang di beri.mungkin IBU nya dah banyak mengeluarkan air mata kot semasa anak nya sakit.rasanya air mata dah x ader kot.Mungkin IBU nya redha pemergian anaknya itu.Arwah ni adalah anak bongsu.tapi aku tertanya2 berbeza sbb masa anaknya yang no 3 tu meninggal dia banyak menangis.mungkin ader hikmah sebaliknya hanya dia aje yang tahu.Entah2 bila org semua dah balik dia akan rasa sunyi.aku pn x dapat nak bertanya n berbual ngan dia sebab malam tu gak aku balik sbb biasalah dah guna kete org.x pe lah nanti mggu ni aku balik aku akan pergi melawatnya.

Tabahnya Hati Seorang IBU

Salam semua...

Dah lama x n3 kat blog ni.rasa dah bersawang.bukan ape x ader citer yang nak dikongsi.asyik berFB aje....hehehe...

Ni nak berkongsi cerita.Minggu lepas hari sabtu bersamaan 20/03/10 perginya seorang teman sepermainan.Dia ni muda 3 @ 4 tahun dari aku lah.tapi dia ni ader pertalian saudaralah ngan aku.ingatkan dalam minggu lepas x nk baliklah kmpg sbb nk bawak anak g tgk belon panas kat putrajaya.tapi dalm kul 10 mak call bagitahu ZILA dah meninggal,baru aje.Hati ni berbelah bagi samaada nak balik @ tidak.bukan aper.r/tax kete dah mati lupa nak hidupkan.hehehe..padan muka,lalai lagi.Pas tu my hubby call lah  membernya tanya samaada nak guna kete @ x.selamatlah member hubby ni x der nak g mana2.so kami pun balik.
Gerak dari dengkil lps solat zohor.mungkin sempat kot jumpa jenazahnya.aku sampai lui kul 4.ingatkan dah kebumi rupa2nya jenazah belum sampai lagi.selang 5minit duduk jenazah pun sampai.Hati terasa sayulah jugak.member2 sepermainan semua balik.ader yang bekerja pastu semua balik.kita org ape lagi berjurailah airmata.ialah x sangka pulak yang ZILA ni akan meninggalkan kita semua.
Punca mula2 Arwah Zila ni sakit di sebabkan sukan.dekat kilang dia ader buat sukan untuk staff.arwah ni macam mana lak tergerak nak join acara ni iaitu acara lagi tutup mata.bila berlari tutup mata x nampaklahkan.ader dengar2 cite dia terlanggar kepala bangla,ader pulak kata terlanggar tiang.x pastilah yang mana betul yang pasti hanya arwah & ALLAH je yang tahu.bila dia terlanggar tiang @ kepala bangla dia terasa sakit pastu berhenti bermain.lepas tu x de lah pulak dia g klinik mungkin x terasa sakit.selang beberapa hari dia terasa sakit kepala pas tu abg dia bawah gi klinik pas bawak g klinik dr ckp x der ape2.tapi kenapa pulak x der aper yang berlaku sebab arwah ni boleh hilang ingatan.lepas beberapa hari hilang ingatan arwah ni terus koma.semasa dia koma dia berada di rumah sebab dah bawak ke hospital dr ckp x der ape2 cuma mungkin sbb getaran kot.jd dr suruh balik.bila dak koma tu parent dia bawak ke hospital jempol,hospital jempol anta ke seremban.rasanya dekat sebulan gak lah dia koma kat spital seremban tu.

Mungkin ALLAH lebih menyayangi dia.Kalau dia hidup pn dia akan cacat lebih baiklah ALLAH menjemputnya.Jenazah pn sampai aku terus gi uma dia.aku sampai ajer jenazah baru nak mandi.semasa mandi tu ahli keluarganya turut mandikan jenazah beliau tapi yang aku kagum sangat masa IBU nya mandikan jenazah beliau boleh IBU nya tersenyum sambil menjiruskan air ke tubuhnya.semasa jenazah nak kapan pn sama senyuman ajer yang terukir di bibirnya.Ya ALLAH tabahnya hati IBU nya.

Oklah nanti sambung lagi sbb nak gi makan...

Khamis, 18 Februari 2010

Bercuti CNY di 3 negeri

Salam semua...selamat bekerja semua.
Aduhai malasnya nak keje.ialah lama bercuti.Semasa cuti CNY kami sekeluarga bercuti di 3 negeri iaitu n9,melaka n johor lah.Kat n9 balik kat uma mak,melaka pulak uma mertua n johor uma asal aku.bila balik johor tu rasa aman aje sbb rasa suasana kampung.masa kat johor ingat nak pergi berkelah ke gunung ledang tapi x dapat sbb ramai betul org pergi ke sana.jalan nak masuk ke gunung ledang pn jem.aduhai..
Tapi dalam masa bercuti tu pulak si faiz x sihat 3ari berturut turut muntah n cirit birit.selamat x kene masuk spital.macam2 ubat dah bagi tp x ok gak.kesian aku tgk dia.melepek x boleh bgn.makan n minum susu pn x.sepanjang bercuti ni aku x dpt snap gambar sbb kamera tertinggal kat uma dengkil pulak..
rugi...rugi...rugi.

Khamis, 11 Februari 2010

x tahu nak story ape...

Salam semua...

sebenarnya jue belum betul2 baik dari sakit mata tapi terpaksalah kj gak sbb staff kat department ju x de.ade yang cuti nak sambut chiness new year,ader yang gi travel so aku terpaksa lah masuk gak opis ngan keadaan mata ku yang sakit ni.Dahlah aku sekuarga sakit mata.tapi ank2 ku dah ok.tggal aku lak.hubby mata nya dah ok gak.ok layan gambar sakit mata aku ni.


 
Teruk kan.Dah Lah mata kecik.bila sakit mata lagi kecik.

Isnin, 1 Februari 2010

Aduhai....

Aduhai..sakitnya.bukan anak2 ku aje yang kene sakit mata tapi aku kene gak.sakitnya sampai x blh nak bkk.mmg musim sakit mata ker.huhuhu...kita yang edah besar ni bila kene skit mata ya ampun sakit nya ni kan pulak budak kecik macam ank aku tu.sakitnya...dah lah masa tu wat majlis cukur jambul ank aku tu.nnt klu ader masa aku akk edit gambar masa majlis tu.ni dah x tahan sakit sgt.jap lg nk balik sbb dapat mc 1 minggu.

Selasa, 26 Januari 2010

sakit...sakit....sakit..

salam....
hari genap 2minggu faiz sakit mata.tp aderlah kurang sikit.lega sikit hati ku.tapi semalam balik aje dr kj nak ambik 2 beradik 2 tgk mata si abang dah ok sikit tapi bila tengok kat adiknya..aduhai....adik dah berjangkit sakit mata kat abg.klu x silap mata sebelah kiri.nasib baiklah adiknya x meragam.tp kesian gak kat adiknya.

ni slps ambik dr uma maknya


 
 
ni br lepas bagun tido pagi tadi


yang ni pulak abg nya mata lum sembuh lg tapi dah ade kesan calar kt pipi kirinya.jatuh kat depan uma


  dah x hensem dah anak umie ni
sok nak balik kampung...bila dah sampai kampung nanti habislah umie n abienya kene bebel kat mak tok mukanya cucu calar...aduhai...dah lah awak tu cucu kesayangan nya.


Tadi pagi dalam kul 10 lak mak asuh call bgth si abg demam.badan nya panas sgt ape lg umie terpaksa time off nk bwk g klinik.pastu jumpa doktor.doktor ckp demam pas tu....cam ner pulak dia blh kene lelah....huhuhu...terpaksa ambik oksigen.ape lg nangis lah si abg tu.tp x de pic lah.x dpt nk snap sbb bateri kamera habis.


Khamis, 21 Januari 2010

sakit mata....

Hari ni genap seminggu faiz sakit mata...nak kata kurang x guna tp entah lah.semalam bawak dia c/up kt klinik kerajaan sbb sepatutnya dia kene suntik setahun setengah tp di sebabkn sakit mata kene lah tukar ke tarikh lain.pas tu kene lh refer ke doktor last2 doktor tu refer ke hospital lah pulak...aduhai....
Pastu gi lah spital..dah lah lama kene tggu..penat woi...penat nak menjaga faiz yang lasak tu.x reti dok diam.berlari sana sini.x macam org sakit pun.

ni masa 15/01/10
Gambar tu masa dia br kene.ape lagi umienya kene marahlah ngan mak toknya sbb mata cucu kesayangan nya bengkak.aduhai...minggu depan nk blk kampung lagi klu x ok lg matanya kene membebel lg lah ngan mak tok nya.ni pn asyik call aje tanya mcm mn ngan mata cucu kesayangan nya tu.dah x leh nk jawab dah.
Hari isnin ni nak kene bawak lagi ke spital.x tahu lah doktor nak check ape lagi entah.asyik h/day aje umie.dah lah minggu depan nak h/day lg sbb umienya nk gi c/up lak pastu nk cuti 3hari sbb nk wat majlis adiknya pulak.
Mata lom elok masalah lain lak yang timbul kepala dia pulak bengkak siap ader darah beku lagi.x senang hati ni nak wat kene.ni mak tok nya lom tahu lagi klu tahu habislah.Habis tu nk wat cam ner cucu nya x reti dok diam,lasak pulak tu.
tolong.........................  

sakit mata....

Selasa, 19 Januari 2010

majlis aqiqah Faiz & Fikri

Salam......

Pada 16/01/2010 telah berlangsung majlis aqiqah faiz / fikri dan sepupu2nya di Felda Raja Alias 3.Kami telah menyembelih mengorbankan seekor lembu.selepas solat asar lembu tu di sembelih.Faiz ape lagi bila tengok lembu suka lah dia.lepas bukan reti takut lagi nak gi dekat kat lembu tu adalah.
Oklah kita layan gambar ni.

 
 
 
Semua sedang tengok lembu tu kene sembelih


 
 
kesian nya ngan lembu ni

dan pastu kita layan lak gambar fikri bersama dua pupunya iaitu adam.Fikri ni tua sebulan aje ngan Hazeem .fikri bulan 10 and adam bulan 11.


 Fikri n Hazeem
 

Keesokan harinya pulak iaitu 17/01/2010 berlangsungnya majlis cukur jambul fikri, Hazeem and afiq.siap berandoi lagi.ikutkan majlis cukur jambul untuk fikri berlangsung 30/01/2010 tapi tok wan nya beria2 nak wat gak walaupun 30/01 ttp gak buat lagi.ni bermakna 2 kali lah fikri cukur jambul.hehehe.....selamat rambut anak umie ni banyak.
Ni pulak pic cukur jambul mereka semua.

Abi tengah potong rambut fikri
 
 
giliran mak long pulak


tok wan tgh potong rambut Hazeem
 

rambut abang afiq pulak
 

 
 
 
 
 
Kak ngan/afiq along/aiman kak ieja/ hazeem Ummie/fikri
yang ni pulak umie ngan sepupu2 umie & anak masing2.Tapi yang baju hijau tu lom kawin lagi tau.

Sebenarnya banyak lagi gambar semasa cukur jambul ni tapi dah x larat nak masukkan lagi.