Senarai Blog Saya

Ahad, 19 September 2010

Raya 2010

Salam semua....selamat kembali bekerja walaupun mood keje x de sbb dah lama cuti..hahaha...raya tahun ni happy sangat sebab dapat beraya kat johor uma adik mak.dah lama x pegi.ni nak story pasal rayalah ni.jom layan.....

Raya Pertama...(10/09/2010)

Seperti biasa setiap tahun bila raya pertama memang kat uma mak aku lah kt n9.

   anak ku Fikri

 dua beradik fikri & faiz

Selepas solat jumaat balik melaka pulak uma mertua.Pastu sampai melaka dalam kul 4lebih.sampai2 saudara mara ramai yang datang.sori kat melaka de pic sbb x de org nak ambikkan gambar.

Raya ke 2 (11/09/2010)

Pagi2 semua bersiap nak gi jalan raya kat area melaka pulak.Gerak dalam pukul 11 lebih.Pergi jalan2 kat melaka dalam 10buah rumah.nak kene habiskan sebab malam tu dah nak balik lui pulak sebb esoknya nak gerak gi johor pulak.Sampai kat lui dalam kul 11 malam.

Raya ke 3 (12/09/2010) 

Dalam kul 6 pagi bersiap berkemas baju2 untuk di bawak.lupa nak packing awal2.Destinasi pertama pergi Felda Lenga uma mak andak punya mak.lupa pulak masa gi johor ni aku pergi bersama keluarga kak ieja.ni bermakna 2 buah kete ajer.Sampai lenga lebih kurang pukul 11 lebih.dok lepak2 dulu.dalam kul 3pm baru gerak ke kota tinggi.aduhai jem pulak haiway masa tu.sampai ke tol kulai dalam kul 6.30 petang.berhenti kat tol sembahyang dulu.pas tu baru gerak ke Felda tunggal.sampai kat sana dalam kul 10 malam.Aduhai penat rasanya badan ni sbb jauh perjalanan.lebih2 lagi jem.jom layan gambo kat johor pulak.

 bersama akk sepupu


bersama hubby
Gambar keluarga


Ini lah antara gambar kat Felda Tunggal, Kota Tinggi.

Oklah nanti sambung lagi entrylah.x larat nak berceloteh.eh bukan berceloteh tapi menaip.next entry lah iyer.




Ahad, 5 September 2010

Selamat Hari Raya

Selamat menyambut hari raya semua..tinggal beberapa hari lagi kita akk menyambutnya.Rasa sedih lak nk tinggalkn bulan yang mulia ini.Apa apa pun selamat hari raya untuk semua kawan2.

Selasa, 24 Ogos 2010

sabar dengan kerenah faiz

Aduhai.....geramnya ngan faiz semalam.ialah semalam semasa sembahyang magrib ader ke patut dia dok kat atas badan ajer.ialah lagi2 masa tu dah rakaat yang last sekali boleh dia ajak adiknya main kuda2 lak.geram rasanya aku.nak marah x boleh.terpaksalah aku tunggu sampai dia turun.

Isnin, 23 Ogos 2010

Pose yang ke 14..

Salam semua...

Hari ni pose yang ke 14.cepat hari @ masa berlalu.Persediaan hari raya ni satu pun belom aku buat.aku leka ajer.nasib baik baju & kasut ank2 dah ader klu x, x tau lah apa nak jadi.entah lah tahun ini aku x de semangat nak beraya.x tau lah kenapa.mungkin bajet x cukup kot.tp aku kene kuatkan juga sbb kecian fikri tu dah lah 1st day beraya.aduhai...

Lagi satu tahun ni aku macam x de mood nak beraya kat uma mertua.x tau lah kenepa.mungkin sbb aku kecil hati ngan ipar ku kot.entahlah...

Ya Allah berilah ku kekuatan pada diri ku ini....................

Selasa, 17 Ogos 2010

no story...

salam..........
SELAMAT BERPUASA UNTUK SEMUA UMAT ISLAM.Masih belum terlambatkan untuk aku ucapkan. Bukan ape aku terlah lama bercuti..huhuhu...bukan cuti2 Malaysia tapi cuti merehatkan diri ku yang sakit ini.huhuhu...

Nasib baiklah aku dapat pengasuh bidan terjun hari ini.bukan aper,tiba2 pagi td mak asuh datang uma bgth yg dia x dpt nk jg faiz & fikri sbb nk anta abahnya ke hospital.tenatlh gak abahnya tu.semalam aku gi ambik 2 org tu tgk cm dah tenat ajer.mudah2an jgnlh aper2 berlaku.

Khamis, 29 Julai 2010

Sambut Birthday Boy (Faiz) 2 thn

Salam semua...

Hihihi..sajer aje nak kongsi cerita ngan semua org walaupun aku dah update kat FB.Bukan aper pada 27 july 2010 (selasa) adalah bufday boy yg sulung iaitu faiz.bufdaynya sambut di kfc ajer.bukan aper ingat nak wat kat uma tapi umienya demam.tp utk gumbirakn hati nya watlah jugak bufday nya.x de lh ramai yg datang cuma keluarga pak teh faiz (abg ipar aku lah) abg kepada abienya lah.papa angkat faiz,jiran sebelah uma & rakan sepermainan.oklah aku nak update gambonya.

ni lah kek bufday boy


                                                                   umie & faiz

                                                                          adik Fikri
                                                                           mak tok

Khamis, 15 Julai 2010

blog dah bersawang.

Salam...

sudah lama x n3 kat blog ni.bukan aper sibuk ngan FB lah katakan.rasanya blog ni pun dah bersawang agaknya.dah lama x n3.ni pun sajer2 dah bosan nk ber FB lah.

Hari ni aku 1/2 bukan aper nk balik kampung.pas tu kene drive sendiri lak tu.hubby x balik sbb sibuk ngan konvo.jadi aku balik 3 beranak ajer lah.mintak2 perjalanan aku selamat lah sekeluarga.

Ok lah malas nk membebel banyak2.bukan aper saje ajer aku nak update gambar masa aku gi muar ari tu.gi menghantar rombongan pengantin lelaki sebelah hubby.